Kesan akustik gugus vokal dalam kata terbitan berimbuhan {-an} /-an/
Abstrak
Kata terbitan bahasa Melayu yang berimbuhan {-an} /-an/ memperlihatkan tiga pola artikulasi pada suku kata terakhir, iaitu (i) konsonan + /-an/, (ii) vokal tunggal + /-an/, and (iii) diftong + /-an/. Pola yang ketiga yang membentuk gugus vokal bersama imbuhan /-an/ pada suku kata terakhir memberi kesan akustik yang jelas berbeza dengan pola yang kedua yang memperlihatkan kehadiran bunyi peralihan dalam gugus vokal seperti dalam bentuk [i+ia+an] atau [-u+wa+an]. Walau bagaimanapun, ciri khas yang terdapat pada gugus vokal berpola (iii) kurang diperhatikan dari segi fonetik, malahan sesetengah pengkaji menggolongkan kedua-dua pola (ii) dan (iii) kepada struktur gugus vokal yang sama, iairu -VkVK#. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji struktur peralihan dalam gugus vokal, dengan menggunakan salah satu kaedah fonetik eksperimental. Data fonetik untuk eksperimen ini telah diperoleh daripada 30 orang penutur jati bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
