Kata sendi dan kata hubung dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia: satu kajian perbandingan
Abstrak
Bahasa Indonesia (Bl) dan Bahasa Melayu (BM) dianggap umum sebagai dua bahasa 'berkembar' yang serupa tetapi tidak sama. Tujuan makalah ini adalah untuk mengungkapkan gejala yang tidak sama dalam dua bahasa tersebut berkenaan kata sendi dan kata hubung. Dari segi teori linguistik antara lain disentuh pengelompokan kata sendi dan kontroversi mengenai membezakan kata sendi dari kata hubung. Kajian perbandingan dilakukan baik dalam aspek kuantitatif mahupun kualitatif dengan tumpuan diberikan pada aspek fungsional namun aspek semantik ada dibicarakan juga.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
