Masa dan masyarakat Melayu: peradaban berterusan
Abstrak
Dari dahulu hingga kini, konsep 'janji Melayu' masih lekat dalam masyarakat Melayu. Jika dahulu dikatakan masyarakat Melayu tidak mempunyai pengukur masa yang tepat namun setelah munculnya peradaban masa yang tepat,jam umpamanya, penilaian orang Melayu terhadap masa boleh dikatakan masih kekal. Ukuran-ukuran masa seperti selama enggang mengeram, selangkas betik berbuah dan semasak buah rambai adalah mariifestasi betapa lamanya masa yang diambil untuk melakukan sesuatu perkara. Peredaran masa dan kesan modenisasi masih menyaksikan ukuran masa seumpama ini dipraktikkan lagi. Ungkapan-ungkapan seperti-lepas asar, lepas maghrib, senja telah dipakai bagi merujuk pada masa. Persoalannya sekarang adakah masyarakat Melayu begitu sempit pemikiran mereka sehingga arus modenisasi dan globalisasi gagal mengikis pandangan mereka terhadap masa. Atau adakah ini nilai peradaban Melayu yang mesti dipertahankan agar Melayu akan tetap dihormati sebagai bangsa yang boleh bertolak ansur dan berhati budi. Data teks klasik dan moden akan dijadikan perbandingan ukuran masa bersandarkan perspektif ilmu pragmatik. Hasilnya kelak akan menjadi hakim kepada pengukuhan atau perubahan nilai peradaban itu sendiri.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
