Laporan kajian lapangan di Pulau Borneo: dialek Melayu Sekadau

Pengarang

Abstrak

Makalah ini membincangkan salah satu basil kajian yang dibiayai oleh Southeast Asian Studies Regional Exchange Program (SEASREP) di Pulau Borneo, yakni kajian tentang dialek Melayu Sekadau sebagai linguafranca di hilir Sungai Sekadau, sebuah kawasan yang berlokasi kira-kira 300 km di hulu Kuala Sungai Kapuas di Pontianak, Kalimantan Barat. Dialek ini dibincangkan daripada dua aspek, iaitu ciri sosio-linguistik dan ciri linguistik. Dari sudut sosiolinguistik, dialek ini merupakan bahasa ibunda bagi penduduk Melayu tempatan, bahasa ibunda danbahasa kedua bagi suku imigran (minoriti), bahasa interaksi utama bagi penduduk yang multilingual; dan bahasa pilihan dengan tujuan pragmatik tertentu. Sepintas lalu, kebanyakan kosa kata dialek Melayu Sekadau mirip dengan dialek-dialek Melayu Borneo Barat lainnya, misalnya di Kapuas Hulu, Sungai Melawi, Sungai Saribas dan Sungai Sarawak. Antara ciri fonologi yang dimiliki bersarna ialah kontras foneniik antara /kl dengan /?/, penambahan hentian /?/ pada posisi akhir kata pada sesetengah kata; dua kesepadanan /hi, iaitu h:h dan h:? dan palatalisasi nasal velar selepas bunyi vokal tinggi [i].

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-12-21