Bahasa, konteks dan pemikiran kanak-kanak Melayu: satu analisis pragmatik

Pengarang

  • Zaitul Azma Zainon Hamzah Universiti Putra Malaysia, Malaysia

Abstrak

Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk menyampaikan pemikiran, pengetahuan budaya, dan membentuk sesuatu konsep untuk disampaikan kepada pendengarnya. Dapatan kajian terdahulu membuktikan bahawa kanak-kanak Melayu prasekolah berkebolehan mencipta sesuatu konsep dan melakukan proses peluasan dan penyempitan makna. Hal ini membuktikan bahawa kecekapan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak Melayu sebenarnya ada kaitannya dengan pemikiran masyarakat Melayu yang menekankan aspek tersirat dalam menyampaikan mesej. Kesemua aspek ini telah mula digunakan pada peringkat kanak-kanak lagi. Kertas kerja ini membincangkan hubungan bahasa dengan konteks dan pemikiran kanak-kanak Melayu prasekolah dalam mencipta kata bandingan semacam, dan menyampaikan sesuatu mesej dalam pertuturan mereka. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan tinjauan yang disokong dengan data yang diperoleh menerusi rakaman perbualan spontan kanak-kanak prasekolah di Serdang. Data yang dikumpul dianalisis oleh penyelidik dengan menggunakan teori Relevans.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2005-06-06