Protokol pemikiran verbal dalam pemahaman bacaan teks bahasa Melayu
Abstrak
Membaca dan memahami teks bahan ilmiah merupakan satu masalah kepada sebilangan pelajar kerana mereka sukar mencari perbendaharaan kata yang berkaitan dengan istilah atau perkataan pinjaman sena sukar memproses leksikal. Sehubungan dengan itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti cara pemprosesan leksikal dan pemindahan positif bahasa kedua dalam pemahaman bacaan pelajar Tingkatan 4. Dapatan kajian ini diperoleh daripada data protokol pemikiran verbal dan laporan lisan. Data protokol pemikiran verbal dan laporan lisan dikumpul dengan menggunakan rakaman lalu ditranskripsikan sebelum dianalisis. Kajian ini dijalankan terhadap enam orang pelajar Tingkatan 4, dari SMK Dato' Hj. Mohd. Redza, Jalan Sikamat, Seremban. Mereka dike-lompokkan ke dalam dua kumpulan, iaitu kumpulan pencapaian tinggi dan kumpulan pencapaian rendah. Satu petikan yang bertajuk, "Kaji Kandungan Program TV Tempatan," digunakan sebagai teks bacaan untuk protokol pemikiran verbal. Dapatan kajian menunjukkan berlaku pemindahan pengetahuan makna perbendaharaan kata bahasa Inggeris dan kata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Pemindahan positif bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikenal pasti daripada peng-gunaan terjemahan, pemindahan pengetahuan makna perkataan, dan penggunaan klu bahan petikan oleh pelajar ketika memproses teks bacaan. Dari segi penguasaan pemahaman, pencapaian pelajar agak rendah dan dapatan ini juga membuktikan bahawa pencapaian akademik tidak dapat menentukan penguasaan pemahaman bacaan pelajar.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
