Pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu berasaskan teori pemerolehan bahasa oleh Steinberg (1995)

Pengarang

  • Vijayaletchumy a/p Subramaniam Universiti Putra Malaysia, Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu berasaskan teori pemerolehan bahasa oleh Steinberg (1995). Pemerhatian dilakukan ke atas 40 orang kanak-kanak bangsa Melayu yang mencakupi empat tahap pemeringkatan pemerolehan bahasa. Tempat kajian kanak-kanak tersebut adalah di Taman Asuhan Kanak-kanak Mardi, Serdang, dan Tadika Perpaduan Taman Sri Serdang, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian untuk melihat aspek pemerolehan dan kecekapan berbahasa kanak-kanak. Bahan-bahan berupa gambar digunakan untuk aktiviti bercerita yang bertujuan merangsang kanak-kanak untuk bertutur. Kajian ini menggunakan . pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Dapatan kajian didapati menyokong pendapat Steinberg (1995), iaitu kecekapan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak bergantung pada peringkat umur.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2005-06-06