Hubungan objek dan kata kerja transitif men-...-kan: analisis data korpus berkomputer

Pengarang

  • Zaharani Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Mohd Ra'in Shaari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstrak

Makalah ini membincangkan hubungan nahu antara kata kerja transitif meN-kan dengan objek dalam bahasa Melayu. Penahu-penahu tersohor seperti Za`ba (1965), Asmah Haji Omar (1993) dan Nik Safiah Karim et al. (1997) bersependapat bahawa setiap kata kerja transitif wajib diikuti oleh objek sebagai penyambut. Asraf (1989) pula menyatakan bahawa kata kerja transitif dan objek tidak boleh dipisahkan atau disisipkan oleh mana-mana unsur lain kerana bentuk frasa kerja transitif merupakan bentuk terikat. Berbeza daripada pandangan Asraf (1989), makalah ini cuba menunjukkan dan menjelaskan bahawa masih terdapat unsur-unsur lain yang boleh memisahkan kata kerja transitif dengan objeknya. Berdasarkan data korpus berkomputer, didapati bahawa sekurang-kurangnya terdapat dua unsur yang boleh memisahkan kata kerja transitif dan objek, iaitu kata sendi nama dan kata keterangan. Secara tidak langsung, ini membolehkan struktur Kata Kerja Transitif + Kata Sendi Nama + Objek dan Kata Kerja Transitif+ Kata Keterangan + Objek terhasil dalam bahasa Melayu. Bagi menjelaskan perilaku dua struktur ini, penulis akan menggunakan kerangka teori Relevans dan Transformasi Generatif yang diaplikasikan secara eklektik.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2005-06-06