Datif dalam bahasa Melayu: satu kaman nahu kasus dari sudut peranan semantik dalam ayat
Abstrak
Kajian ini mencuba menggarap makna yang terkod dalam kata pada aras morfologi bahasa Melayu. Sehubungan dengan idea ini, makna konstruksi nahuan perlu dinyatakan secara eksplisit dalam metabahasa semantik, supaya sifat-sifat fitur bahasa Melayu dapat dikesan pada seluruh bahasa. Misalnya, daerah semantik seperti emosi, sensasi, bahagian tubuh badan, kuasa memilih, tempat dan masa, dapat kemudiannya dikaji sebagai domain individu, dan perlakuan yang berbeza dalam bahasa Melayu dapat ditentukan. Kajian ini mencuba mencari hubungan semantik konsep-konsep tradisi seperti "subjek" dan "objek langsung". Prototaip semantik tentang "objek langsung" menyatukan idea "pengalam suatu tindakan" dengan idea "ketopikan pergantungan" dapat dirumuskan seperti yang berikut: Saya mahu menyatakan sesuatu tentang Y kerana Saya mahu mengatakan sesuatu tentang orang X sesuatu telah terjadi kepada Y kerana X melakukan sesuatu kepada Y Dengan menggunakan rumus ini sebagai panduan, beberapa kasus nahu dapat ditentukan. Kasus benda bernyawa yang menerima kesan oleh keadaan atau tindakan yang dikenal pasti oleh kata kerja, iaitu Datif Bahasa Melayu, mungkin dapat dicuba dan ditentukan sebaik mungkin dalam analisis ini.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
