Transmorfofonologisasi suprafiks: dialek Patani merentasi zaman
Abstrak
Dalam perkembangan fonologi sesuatu bahasa, didapati sesetengah matriks fitur distingtif sesuatu bunyi telah mengalami penambahan atau sebaliknya. Ini mengakibatkan fonem-fonem yang berbeza pada awalnya telah bergeser menjadi sama antara satu sama lain dan pada akhirnya wujud sejumlah kata yang dilafazkan dengan cara yang sama. Kata-kata berkenaan akhirnya dapat digolongkan sebagai kata homonim. Untuk menghindari perlafazan yang sama (tetapi mempunyai makna yang berbeza), setelah fitur-fitur tertentu mengalami kelenyapan, maka tercetuslah satu transfonologisasi secara korelasi dengan wujudnya satu set fonem baharu sebagai pembeza makna dalam perkataan. Fenomena ini didapati berlaku kepada dialek Melayu Patani yang geografi linguistiknya bertindih dengan geografi linguistik bahasa Thai yang disifatkan sebagai bahasa suprastratum di selatan Thailand. Untuk memperlihatkan pergeseran bunyi tersebut, makalah ini secara premis telah membincanglcan pembentukan semula sistem morfofonologi baharu dalam dialek Melayu Patani akibat daripada pergeseran unsur suprafiks kepanjangan konsonan dengan beranalogikan fonem nada menumn tak datar dalam bahasa Thai yang lebih sesuai diambil alih oleh pembentulcan sistem morfofonologi tersebut atas keperluan pembentukan kata baharu dan penentuan makna asahiya.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
