Peluasan makna "kuat" melalui wanita dalam novel: satu analisis semantik kognitif
Abstrak
Kemunculan novel Alaf 21 mampu menarik perhatian pembaca sehingga jumlah novel yang terjual mencecah puluhan ribu naskhah. Sambutan baik terhadap novel ini menarik untuk dikaji. Tema percintaan dengan konflik rumah tangga menjadi mauduk kebanyakan penulis yang rata-ratanya wanita. Pemaparan watak wanita yang cekal telah menjadi tumpuan kajian kertas ini. Insyirah menghadapi suami yang cemburu, Najmah yang bermadu menghadapi lelaki yang tamak dan Farah yang "mengganti tikar" terperangkap dengan abang ipar dan suami yang ego. Konflik yang mencabar kekuatan spiritual wanita-wanita ini mampu dihurai dengan pendekatan linguistik. Peluasan makna "kuat" melalui jaringan radial semantik kognitifakan mengupas peranggu perkataan seperti kukuh, tabah, tidak gentar dan sebagainya yang dapat menggambarkan peribadi watak-watak yang dilakarkan. Meskipun novel selalunya dianggap milik kajian kesusasteraan tetapi kali ini novel dijadikan data korpus untuk dianalisis menggunakan teori linguistik yang boleh dipertanggungjawabkan kesahihannya.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
