Analisis lambang kata nama literal dalam pantun
Abstrak
Kajian ini meneliti tiga komponen lambang, iaitu kategori lambang, makna lambang, dan kategori makna lambang. Aspek yang dikaji melibatkan lambang literal kata nama dalam tema pantun agama dan kepercayaan. Keseluruhannya, tema ini mengandungi lambang kata nama yang bersifat literal, sekali gus membuktikan bahawa genre pantun dalam tema ini lebih cenderung menggunakan lambang serta mengandungi makna yang bersifat jelas dan nyata. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan tema pantun itu sendiri yang menjurus kepada unsur pengajaran dan nasihat. Justeru, bahasa yang ringkas dan jelas maksudnya perlu bagi memudahkan interpretasi pembaca.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
