Proses morfologi bahasa Melayu: satu penelitian semula
Abstrak
Penerbitan-penerbitan lepas tentang proses morfologi dalarn bahasa Melayu (BM) seperti Za'ba (1965) secara irnplikasi, Abdullah Hassan (1974, 1986), Nik Safiah et al. (1989, 1993) mencatatkan bahawa proses morfologi dalam BM terdiri daripada tiga sahaja, iaitu pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Selain tiga proses yang di atas, Asmah (1986) meluaskan proses morfologi BM untuk meliputi penggabungan dan pengakroniman, yakni prosesnya menjadi lebih daripada tiga. Dalam makalah ini, penulis akan menampilkan pelbagai data BM moden serta meneliti kembali aplikasi definisi proses mor-fologi daripada teori morfologi yang telah mapan dan seterusnya me-maparkan tujuh proses morfologi BM, iaitu pengimbuhan, peng-gandaan, pemajmukan, perubahan kosong, penyingkatan, pengadunan dan pengakroniman.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
