Kelegapan fonologi dalam rima suku kata tertutup dialek Kelantan: satu analisis teori simpati
Abstrak
Makalah ini cuba menghurai dan menjelaskan perlakuan fonologi yang sukar difahami atau kelegapan fonologi dalam rima suku kata tertutup dialek Kelantan dengan menggunakan teori Simpati yang berdasarkan tatatingkat kekangan daripada teori Optimaliti. Fonologi dialek Kelantan menunjukkan vokal rendah /a/ yang diikuti oleh segmen [h, 2] di posisi rima suku kata tertutup akan berubah menjadi [a]. Misalnya, kata "bah" dan "sesak" direalisasikan sebagai [bah] dan [sosa2]. Fenomena kelegapan berlaku apabila terdapat bentuk-bentuk yang tidak mematuhi generalisasi ini. Misalnya, kata "bas" dan "sesat" direalisasikan sebagai [bah] dan [sosa2]. Makalah ini menyarankan bahawa perubahan yang berlaku pada vokal /a/ itu disebabkan oleh kekangan kebertandaan *alga, yang tidak membenarkan vokal [a] mendahului konsonan dalam suku kata tertutup. Walau bagaimanapun, pematuhan terhadap kekangan ini menyebabkan kelegapan berlaku. Syarat yang mengawal perlakuan fonologi yang dijelaskan dengan menggunakan representasi perantaraan sebelum ini, tidak kelihatan dalam struktur permukaan mahupun struktur dalaman. Bagi mengatasi masalah ini, bentuk pasangan calon dan kekangan simpatetik daripada teori Simpati digunakan sebagai ganti representasi perantaraan. Dengan cara ini, fenomena kelegapan fonologi yang berlaku dalam rima suku kata tertutup dialek Kelantan dapat dijelaskan dengan lebih berpada.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
