Perbezaan istilah Malaysia - Indonesia: satu analisis linguistik

Pengarang

  • Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml
  • Halimah Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia

Abstrak

Istilah boleh dimasukkan di bawah payung perkamusan. Kekhususan kosa kata yang membezakan kedua-duanya. Tertubuhnya Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan Malaysia (MABBIM) telah meng-hasilkan jutaan istilah yang dipersetujui untuk dipakai bersama bagi meningkatkan persamaan dan kefahaman bahasa di peringkat lokal dan global. Meskipun begitu, masalah perbezaan istilah antara Malaysia dengan Indonesia masih menampakkan perbezaan yang ketara, malah semakin menjauh. Ada empat kategori istilah yang telah dipersetujui bersama, iaitu sama seluruhnya (contoh: kekurangan penduduk); istilah yang dipersetujui bersama tetapi berbeza sebahagiannya (contoh: nomor dan nombor); istilah yang bersinonim bagi salah satu negara (contoh: alat/instrumen bagi Indonesia dan alat sahaja bagi Malaysia). Seterusnya, istilah yang dipersetujui berbeza seluruhnya (contoh: betas kota bagi Indonesia dan sempadan bandar bagi Malaysia). Akhir sekali kategori istilah yang dipersetujui untuk digugurkan. Kertas ini akan memaparkan dan menjelaskan mengapa fenomena ini berlaku. Pengetahuan linguistik sekurang-kurangnya dapat memahamkan pengguna bahasa bahawa perbezaan ini ada kaitannya dengan faktor sejarah, budaya dan demografi.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2006-03-06