Fonologi bahasa Lundayeh di Sabah
Abstrak
Bahasa Lundayeh merupakan salah satu bahasa yang dituturkan oleh suku kaum peribumi di Sabah. Kaj ian dan penyelidikan terhadap bahasa ini amat kurang terutamanya dalam bahasa Melayu. Justeru, makalah ini membincangkan aspek bahasa yang berkaitan dengan bidang fonetik dan fonologi bahasa Lundayeh dan segi vokal, konsonan, dan diftong. Bahasa Lundayeh di Sabah memiliki enam jenis vokal, 19 konsonan dan lima diftong yang penulis anggap sebagai asli. Penulis akan membincangkan kehadiran vokal, konsonan dan diftong dalam ujaran Lundayeh, bunyi sebutan setiap perkataan yang berkaitan serta maknanya dalam bahasa Melayu. Selain sistem bunyi, penulis juga akan mengemukakan beberapa ciri khas bahasa Lundayeh yang dikenal pasti setakat ini bagi memperlihatkan kelainannya berbanding bahasa-bahasa sukuan yang lain. Dalam keseluruhan penulisan ini, penulis menggunakan bunyi konsonan /p/ walaupun ada penutur (bahasa Lundayeh Kemaloh) menggunakan bunyi konsonan /f/ bagi menggantikan konsonan /p/ seperti kata /pekaalc/ atau /fekaalc/ yang bermaksud pagi, kata /yapeh/ atau /yafeh/ yang bermakna di mana. Perbezaan ini tidak membawa perubahan makna kerana dalam bahasa lain pun memang wujud variasi bebas (free variation) seperti ini. Perbincangan lanjut variasi bebas akan dijelaskan dalam subtajuk ciri-ciri khas bahasa Lundayeh.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
