Pemerolehan bahasa verbal dan bahasa bukan verbal dalam kalangan kanak-kanak sindrom Down
Abstrak
Tulisan ini menghuraikan pemerolehan bahasa verbal dan bahasa bukan verbal dalam kalangan kanak-kanak sindrom Down (SD). Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Pada hakikatnya, kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai impak terhadap perkembangan kanak-kanak, termasuklah perkembangan sosial dan emosi, serta kebolehan kognitif. Kita menggunakan kata untuk membina pengetahuan, berfikir, menaakul, mengingati, dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Terdapat dua jenis pemerolehan bahasa, iaitu pertama, menggunakan kata (bahasa ekspresif) dan kedua, memahami kata (bahasa reseptif). Kajian ini memperlihatkan kanak-kanak SD sebagai pelajar visual (lihat), bukannya pelajar auditori (dengar). Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa perkembangan kemahiran bahasa verbal disokong oleh penggunaan bahasa bukan verbal seperti gerak badan, bahasa isyarat, tanda, gambar, postur, dan sebagainya.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
