Struktur sintaksis frasa nama bahasa Melayu

Pengarang

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml

Abstrak

Artikel ini membincang dan menganalisis urutan struktur frasa nama bahasa Melayu yang terdiri daripada kata bilangan dan penjodoh bilangan. Analisis ke atas kedua-dua elemen ini dibuat dengan berpandukan empat fakta, iaitu urutan tegas kata bilangan dan penjodoh bilangan, sifat wajib dan opsyenal penjodoh bilangan, keperluan kepada kehadiran kata bilangan untuk membolehkan kehadiran penjodoh bilangan, dan akhir sekali keserasian antara kata nama dengan penjodoh bilangan. Perbincangan mengenai keempat-empat fakta itu dibahaskan dengan berpandukan teori x-berpalang. Analisis ini mendakwa bahawa frasa penjodoh bilangan (FBIL) membentuk struktur cantuman pada struktur-D FN. Struktur cantuman ini dapat menjelaskan keempat-empat fakta berhubung dengan urutan dan kehadiran kata bilangan dan penjodoh bilangan yang mendahului kata nama dalam struktur sintaksis frasa nama bahasa Melayu.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2008-12-01