Bahasa Melayu dan komunikasi dalam dunia globalisasi: persoalan keupayaan bahasa Melayu, keutuhan jati diri bangsa Melayu dan ketakatan budaya Melayu

Pengarang

Abstrak

Kertas kerja ini cuba meneliti keupayaan bahasa Melayu untuk mengendalikan komunikasi, lebih-lebih lagi yang moden sifatnya, dalam dunia globalisasi. Keupayaan bahasa Melayu, diteliti dari segi pembangunan bahasa Melayu, dalam kapasitinya selaku bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, termasuklah sebagai bahasa pengantar ilmu, semenjak Malaysia menjadi sebuah negara berdaulat mulai 31 Ogos 1957. Kertas kerja ini juga cuba meneliti bahasa Melayu sebagai nadi kepada ketakatan serta jati diri bangsa Melayu, dalam konteks kemusnahan/kehilangan bahasa Melayu, khususnya dalam konteks sebagai bahasa ibunda atau etnik bangsa atau masyarakat Melayu, akibat berlakunya peralihan bahasa, dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, mulai 2003, untuk pendidikan sains dan teknologi. Pertalian bahasa Melayu-budaya Melayu selaku simbol dan kekuatan kepada identiti/jati diri bangsa atau masyarakat Melayu, ikut disentuh, dalam kerangka keutuhan khazanah budaya Melayu dalam bahasa Melayu, yang boleh terhakis atau hilang, sebagai akibat buruk daripada peralihan bahasa ini.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2009-06-01