Jenis dan penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand

Pengarang

Abstrak

Urak Lawoi (Chaolay) ialah nama bagi minoriti yang menduduki pulau dan pantai di sebelah barat, selatan Thailand. Kadangkala kumpulan ini dikenali sebagai Chao Thalay dan Chaonam yang bermakna orang laut ataupun orang air, dan ada di sesetengah tempat mereka digelar Chao Thai Mai yang bermaksud penduduk Thai baharu. Makalah ini akan memberikan tumpuan kepada salah satu komuniti Urak Lawoi ini, iaitu komuniti yang menetap di Pulau Lipek (Lipea), Thailand. Untuk mendapatkan gambaran umum, makalah ini akan menghuraikan latar belakang dan asal usul Urak Lawoi. Secara khusus, makalah ini akan membandingkan kata ganti nama diri bahasa Urak Lawoi dengan bahasa Melayu standard yang terdapat di Malaysia dari segi definisi, jenis dan pola penggunaan.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2009-06-01