Gaya lakuan permohonan dalam kalangan pelajar di Malaysia

Pengarang

Abstrak

Tujuan makalah ini adalah untuk menggambarkan ciri sosiopragmatik dalam kalangan pelajar di Malaysia dalam lakuan bahasa permohonan bahasa Melayu. Untuk tujuan tersebut, seramai 264 pelajar telah diminta memberi respons terhadap lima domain yang berbeza dalam menyatakan permohonan mereka. Kajian ini mengaplikasikan formula semantik oleh Byon (2002) tentang lakuan sokongan permohonan: pembuka kata, permukaan, pengelakan, persediaan dan pujian. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat: (i) pola lakuan permohonan pelajar Malaysia; dan (ii) strategi permohonan dalam kalangan pelbagai etnik di Malaysia (Melayu, Cina dan India) dan (ii) penanda permohonan dalam bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan pelajar Malaysia menggunakan semua lakuan sokongan permohonan dalam ujaran mereka. Bagaimanapun, permohonan langsung dan tak langsung digunakan secara dominan oleh pelajar Malaysia berbanding jenis permohonan yang lain. Dapatan ini mencadangkan bahawa tanggapan kesopanan dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh pemboleh ubah sosial.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2009-06-01