Manifestasi nilai setia berasaskan Teori Hibrid
Abstrak
Kajian makna bagi sesuatu nilai ialah sesuatu yang menarik untuk diteroka, lebih-lebih lagi dengan kemunculan pelbagai teori baharu berkenaan dengan pengkajian makna yang boleh dieksploitasi dan diterapkan ke dalam kajian makna sesuatu nilai. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan memperincikan makna nilai yang diteliti daripada kepelbagaian penggunaan kata nilai berpandukan Teori Hibrid (Tendahl, 2006). Nilai yang dijadikan subjek kajian ialah nilai setia yang ditelusur dari subkorpus data akhbar. Setiap kata akan diteliti maknanya berdasarkan Teori Hibrid bagi menjelaskan proses pemetaan domain dan membuat kesimpulan secara pragmatik. Dapatan awal mendapati bahawa setia bukan sekadar nilai semata-mata (makna pinggiran ketiga), malah lebih daripada itu, setia dimanifestasikan sebagai suatu sifat (makna teras), dan empat makna pinggiran lain.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
