Alternasi dalam fonologi subdialek Kedah Utara
Abstrak
Kajian ini bertujuan menyerlahkan proses-proses fonologi yang terdapat dalam subdialek Kedah Utara di samping memaparkan distribusi fonem vokal dan konsonannya. Kawasan yang menjadi lokasi pengumpulan data ialah di sekitar kawasan Naka, Kuala Nerang, dan Pedu dalam daerah Padang Terap, Kedah. Pada hakikatnua, huraian penyelidikan terdahulu lebih terarah menyamakan proses fonologi subdialek Kedah Utara dengna subdialek Kedah persisiran. Bagaimanapun, dapatan kajian ini membuktikan bahawa subdialek Kedah Utara tetap mempunyai ciri-ciri tersendiri yang unik dalam kes-kes tertentu misalnya reduplikasi konsonan sebagai pengganti proses asimilasi nasal-obstruen, proses peleburan segmen dan unsur aspirasi. Penulisan ini menyerlahkan hakikat bahawa kewujudan konsonan rangkap (yang ditemu hadir pada lingkungan tengah kata dalam data kajian) adalah hasil proses asimilasi dan perubahan struktur suku kata yang berlandaskna syarat-syarat (fonologi) dan lingkungan tertentu. Pengkaji berpendapat hasil jaian ini sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa subdialek Kedah Utara memiliki ciri-ciri tertentu yang khusus membezakannya dengan variasi dialek Kedah yang lain (dialek Kedah persisiran misalnya).
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
