Akomodasi dalam komunikasi verbal antara budaya: masyarakat Melayu-Cina

Pengarang

Abstrak

Inti pati teori akomodasi berasaskan kajian logikal sosiopsikologi terhadap persamaa-tarikan. Kajian ini memperlihatkan bahawa individu akan cuba mempengaruhi individu lain dengan mengurangkan perbezaan antara kedua-duanya. Proses akomodasi beroperasi atas prinsip tersebut dan juga menggambarkan keinginan individu bagi mendapat penerimaan sosial. Artikel ini memperlihatkan bahawa akomodasi bahasa merupakan aspek yang dominan dalam interaksi masyarakat Melayu-Cina. Kajian ini menumpukan pada aspek bahasa verbal dalam kalangan penutur Melayu-Cina. Akomodasi bahasa membantu individu memahami individu lain bertutur dengan caranya tersendiri, memahami perlakuan yang ditafsir mengikut keperluan, situasi dan orang yang dilawan bercakap, dan juga mencari jalan agar komunikasi berjalan lancar serta mengelakkan konflik. Bahasa Melayu merupakan bahasa pilihan dalam komunikasi walaupun berlakunya percampuran kod dan penggunaan bahasa pasar. Apa yang lebih penting ialah proses akomodasi yang gunakan oleh individu sama ada secara sedar atau tidak sedar telah membantu komunikasi berjalan lancar khususnya dalam masyarakat yang multibangsa seperti di Malaysia.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2009-12-01