Sintaksis frasa nama bahasa Kensiu
Abstrak
Bahasa Austro-Asiatik di Malaysia dikenali sebagai bahasa moribund kerana bahasa ini sedang mengalami kepupusan di Malaysia. Oleh yang demikian, penulisan ini akan memberikan tumpuan pada salah satu daripada bahasa moribund di Semenanjung Malaysia, iaitu bahasa Kensiu yang sedang pupus dengan cepat. Bahasa ini ditutamakan oleh orang Kensiu di Baling, Kedah. Jumlah penuturnya kurang daripada 200 orang. Namun demikian, penulisan ini mempunyai skop yang sangat terperinci, iaitu penulisan ini akan hanya membahaskan frasa nama (FN) bahasa Kensiu sahaja. Analisis ke atas frasa nama bahasa Kensiu dalam artikel ini terbahagi kepada dua aspek, iaitu aspek deskriptif dan aspek sintaksis. Analisis deskriptif akan menjelaskan frasa nama bahasa Kensiu serta urutan yang membentuk frasa nama tersebut. Seterusnya, berpandukan analisis deskriptif itu, penulis akan membahaskan struktur sintaksis X-berpalang frasa nama bahasa Kensiu dengan menggunakan kerangka Teori Kuasaan dan Tambatan (Chomsky, 1986). Hasil daripada analisis ini, penulis akan memaparkan struktur sintaksis FN Kensiu yang akan menggambarkan urutan perkataan yang membentuk FN Kensiu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
