Kata ganti nama dalam interaksi sosial: analisis sosiopragmatik terhadap perubahan perilaku tutur etnik Minangkabau moden
Abstrak
Kebanyakan perbincangan kata ganti nama Melayu yang telah dilakukan terhenti setakat bentuk, maksud, dan penggunaannya dalam perbualan, baik dari sudut pandang pragmatik mahupun sosiolinguistik. Kajian ini meneliti bagaimana kata ganti nama beroperasi dan dioperasikan oleh etnik Minangkabau moden dalam interaksi sosial sesama rakan dan menjadi lebih menarik ketika analisis kata ganti nama ditinjau daripada pemboleh ubah usia dan jantina. Data dikumpulkan dengan mengikut kaedah etnograii, iaitu pemerhatian, temu bual, dan etnopragmatik. Analisis dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan paradigma sosiopragmatik. Dapatan menunjukkan kata ganti nama yang digunakan dalam interaksi sosial sesama rakan dalam kalangan étnik Minangkabau moden memiliki bentuk dan fungsi yang bervariasi. Kebervariasian tersebut pada asasnya sangat ditentukan oleh aspek sosial pamerannya, terutama aspek usia dan jantina pameran. Dengan melanjutkan analisis sosial, berdasarkan andaian asas dalam kebanyakan teori tentang perubahan budaya (Saville-Troika, 1989) dan disokong oleh dapatan Eckert (1997), dapat dirumuskan perubahan perilaku tutur etnik Minangkabau Moden.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
