Geografi dialek bahasa Lampung di wilayah Sumatera bahagian Selatan
Abstrak
Penelitian geografi dialek bahasa Lampung ini bertujuan untuk mendeskripsikan variasi fonologi, morfologi, dan leksikon bahasa Lampung berdasarkan kajian geografi dialek dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui perbandingan dengan bahasa Minangkabau, Semende, dan Ogan; menetapkan dialek atau subdialek bahasa Lampung dan menetapkan daerah sebaran unsur-unsur relik dan inovasi melalui pemetaan bahasa Lampung secara dialcronik. Untuk mencapai tujuan tersebut, kaedah lapangan tinjauan berserta digunakan dan teknik pemecahan masalah pula dilakukan pada tiga tahap, iaitu tahap penyediaan data yang dilakukan dengan kaedah wawancara langsung dan pengamatan berserta, diikuti dengan pencatatan/perakaman satuan lingual yang dituturkan informan; tahap analisis data yang dilakukan dengan kaedah padan, dan tahap penyajian hasil analisis data yang dilakukan dengan dua versi, iaitu basil penelitian dideskripsikan dalam bentuk kata-kata atau kalimat biasa; dan perolehan (sub)dialek dialihgantikan dengan lambang-lambang dalam pemetaan.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
