Komunikasi silang budaya dalam penterjemahan bahasa Melayu: analisis budaya kebendaan

Pengarang

Abstrak

Tulisan ini membicarakan aspek komunikasi silang budaya dalam penterjemahan bahasa Melayu. Penulis membicarakan aspek penterjemahan dan komunikasi, penterjemahan dan budaya, dan penterjemahan dalam komunikasi silang budaya. Banyak orang di dunia ini cuba merapatkan jurang perbezaan budaya dengan belajar daripada orang lain. Keinginan untuk menanggap sesuatu berdasarkan kaca mata budaya bukan hanya berdasarkan wama kulit semata-mata tetapi melihat sesuatu isu dengan pandangan yang terbuka. Unsur budaya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Tulisan ini hanya tertumpu kepada aspek budaya kebendaan dalam beberapa novel bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu (Kenang-Kenangan Seorang Geisha. Harry Potter dan Batu Hikmat, Harry Potter dan Bilik Rahsia, dan Hurry Potter dengan Banduan Azkaban).

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-12-06