Gaya perbualan dalam teks kreatif bahasa Melayu
Abstrak
Grice (1975) telah mencadangkan suatu prinsip perbualan, iaitu Prinsip Kerjasama bagi membolehkan sesuatu perbualan itu berlangsung mengikut koheren dan efektif. Prinsip perbualan ini dihasilkan dalam bentuk maksim atau petunjuk, iaitu maksim kuantiti, kualiti, perkaitan dan cara. Asas prinsip ini ialah "Katakan apa yang kamu maksudkan dan maksudkan apa yang kamu katakan". Bagaimanapun, dalam perbualan sebenar, prinsip kerjasama ini tidak bersifat tegar - boleh dilanggar - kerana besar kemungkinan si penutur akan secara sengaja atau terus terang melanggar maksim tersebut atas alasan yang tertentu. Makalah ini, merupakan suatu percubaan untuk menganalisis gaya perbualan yang terdapat dalam teks kreatif bahasa Melayu, dengan menjadikan Prinsip Kerjasama (PK) sebagai asas perbincangan. Contoh perbualan dipetik daripada teks Sungai Mengalir Lesu (1997), karya A. Samad Said. Tumpuan makalah ini adalah untuk memperlihatkan pelbagai jenis ujaran yang digunakan oleh pengarang, dan implikasinya kepada si pendengar. Analisis. ujaran ini akan dihubungkan dengan konsep lakuan bahasa. Dalam erti kata lain, makalah ini akan menggabungkan PK dengan analisis lakuan bahasa. Kajian ini berharap akan dapat menonjolkan gaya perbualan dalam teks kreatif bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
