Lakuan bahasa pohon maaf dalam bahasa Inggeris oleh penutur dewasa Melayu: pola dan kecekapan

Pengarang

Abstrak

Lakuan bahasa pohon maaf telah banyak diselidiki. Sebilangan daripadanya ditumpukan pada satu budaya, yang lain-lainnya pula membuat perbandingan antara budaya. Walau bagaimanapun, dalam konteks Malaysia, penelitian tentang perlakuan pohon maaf belum banyak dilakukan, sama ada yang mempunyai fokus yang dimanifestasikan dalam bahasa ibunda orang-orang tempatan, mahupun dalam bahasa Inggeris. Makalah ini mencuba menerangkan penghasilan ujaran pohon maaf dalam bahasa Inggeris oleh penutur dewasa Melayu di Malaysia. Pemilihan terhadap bahasa lnggeris dilakukan atas sebab seruan bertubi-tubi kerajaan yang menggalakkan rakyat agar menjadi lebih mahir dalam bahasa berkenaan, sebuah bahasa dunia yang penting untuk perhubungan luas. Pemilihan terhadap perlakuan memohon maaf pula dilakukan kerana lakuan bahasa ini popular sekali sebagai bahan penelitian, dan juga kerana ujaran bahasa ini lazim dilafazkan dalam kehidupan harian kita. Penelitian ini mendapati vvalaupun sudah bertahun-tahun didedahkan kepada bahasa Inggeris, ujaran pohon maaf dalam bahasa Inggeris masih memperlihatkan pengaruh rumus sosiobudaya Melayu.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2007-12-03