Frasa anomali: Satu analisis pragmatik
Abstrak
Kajian makna yang berlandaskan pendekatan semantik yang memeri-kan makna secara literal pada struktur nahu ayat menyebabkan banyak persoalan makna dalam bahasa Melayu tidak dapat dijelaskan dengan sepenuhnya dan sempurna. Hal ini kerana pemerian makna secara literal mengetepikan konteks dan input-input luaran yang nadir dalam sesuatu ayat ataupun ujaran, sedangkan sesuatu ayat atau ujaran itu disampaikan terhasil oleh suatu pemikiran yang kompleks dan rencam. Pemerian makna berlandaskan semantik bertambah sukar bagi persoalan ayat atau ujaran yang anomali tetapi telah sekian lama dituturkan oleh penutur jati. Oleh yang demikian, sate kajian telah dijalankan terhadap beberapa frasa KK + Obj dalam ayat ataupun ujaran berdasarkan data korpus atas talian dengan menggunakan teori relevans yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson 1995. Berdasarkan teori relevans, persoalan frasa yang anomali ini akan dapat dijawab dengan lebih kritis dan praktis berdasarkan prinsip-prinsip dan idea yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson dalam teori relevans ini. Analisis pragmatik berlandaskan teori relevans ini akan membuktikan juga bahawa mekanisme kognitif manusia cenderung memilih secara spontan rangsangan yang relevans sahaja, mekanisme penerimaan pula cenderung mengaktifkan secara spontan andaian yang relevans sahaja dan mekanisme inferens cenderung memproses secara spontan rangsangan tersebut dengan cara yang paling produktif sahaja.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
