Bahasa sebagai asas jati diri bangsa: isu, cabaran dan upaya pelestariannya

Pengarang

Abstrak

Makalah ini berfokus pada isu pertalian antara bahasa dengan jati diri bangsa, dengan rujukan khusus kepada bahasa Melayu. Asas utama pertalian antara bahasa dengan bangsa ialah hakikat bahawa bahasa, bersama-sama akal, merupakan ciri dan milik utama manusia yang menyebabkan manusia berbeda daripada haiwan dan makhluk lain. Dalil nacili yang berasaskan agama dan dalil acili yang berasaskan kajian sarjana linguistik dijadikan rujukan dalam makalah ini. Selanjutnya, perbincangan meliputi penelusuran sejarah bahasa Melayu dari zaman awal, iaitu zaman Sriwijaya dan zaman Kesultanan Melayu yang menunjukkan eratnya hubungan antara bahasa dengan jati diri dan kemajuan bangsa di Kepulauan Melayu yang merentas etnik. Bahagian akhir makalah ini membincangkan situasi semasa bahasa Melayu dalam konteks pembinaan jati diri bangsa dan negara merdeka, kemelut yang berlaku dan saran untuk melestarikan peranan bahasa Melayu dalam menghadapi tantangan sezaman dan masa muka.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2007-12-03