Penyebaran geluncuran dan penyisipan hentian glotis dalam bahasa Melayu: satu analisis autosegmental
Abstrak
Dalam bahasa Melayu, penyebaran geluncuran berlaku dalam kata dasar, sempadan imbuhan (sempadan awalan dan sempadan akhiran) sekiranya vokal pertama dalam urutan vokal terdiri daripada vokal [ + tinggi]. Contoh dalam perkataan /buah/ [buwah], /diam/ [diyam], lburu + an/ [buruwan] dan /tari + an/ [tariyan]. Manakala, proses penyisipan hentian glotis yang berlaku secara default tidak berlaku dalam kata dasar, sebaliknya proses ini hanya berlaku dalam sempadan imbuhan dan kata morfologi (sempadan awalan, sempadan akhiran, kata ganda, kata majmuk dan sintaksis). Contoh dalam perkataan /guna + an/ [guna?an], /mula + i/ [mula?i], /di + am bill [di?ambel], /anai-anai/ [anai?anai] dan /satia + usaha/ [satiya?usaha]. Oleh sebab proses penyisipan hentian glotis dalam BM tidak berlaku dalam kata dasar tetapi hanya berlaku dalam sempadan imbuhan dan kata morfologi, proses ini dikenal sebagai proses pasca leksikal.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
