Aspek prosodi dalam berbahasa penutur bukan Melayu
Abstrak
Kajian ini membincangkan bagaimana aspek prosodi penutur Cina mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Melayu. Dalam kajian ini, sistem bunyi dan struktur kata bahasa Cina dikenal pasti dan dibandingkan dengan binaan suku kata bahasa Melayu. Bahasa Cina (dengan berfokus kepada Mandarin) merupakan bahasa nadaan yang pola nadanya membentuk sebahagian daripada struktur kata dan berfungsi sebagai faktor pembeza makna. Sebaliknya, bahasa Melayu diklasifikasikan sebagai bahasa intonasi dengan maksud walau bagaimana sesuatu bunyi itu diartikulasikan, perbezaan makna dasar kata tersebut tidak akan berubah. Dalam kajian ini, bunyi awal dan akhir dalam bahasa Cina dipadansuaikan dengan binaan suku kata bahasa Melayu selain mengenal pasti realisasi fonetik fon-fonnya. Analisis dan perbandingan sistem bunyi dan struktur suku kata yang terdapat dalam bahasa Mandarin dengan bahasa Melayu dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual sebagai sumber primer komunikasi untuk menghasilkan representasi grafik nada yang kemudiannya dibandingkan dengan rujukan nada (Beijing) yang diperoleh daripada CD-ROM interaktif bahasa Mandarin yang dihasilkan di China. Kajian ini menunjukkan kadar kacukan berkorelasi dengan sistem dan struktur bahasa Cina dan Melayu. Oleh itu, kajian ini mencadangkan apabila terdapat persamaan dalam pengartikulasian bunyi untuk kedua-dua bahasa, proses pembelajaran akan lebih mudah.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
