Metafora haiwan: kajian perbandingan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
Abstrak
Artikel ini membahaskan penggunaan metafora haiwan dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, dan bertujuan untuk menghasilkan kaedah-kaedah kebahasaan secara linguistik dalam metafora haiwan, iaitu dari segi semantik, bentuk dan jenis pembentukan, dan konsepnya. Metafora bahasa Melayu diperoleh daripada kamus umum, kamus peribahasa dan kamus simpulan bahasa dari Malaysia dan Indonesia. Kajian deskriptif ini menggunakan teori metafora konsepsi daripada Lakoff dan Johnson (2008) yang berpendapat bahawa metafora bukan hanya membentuk komunikasi manusia melainkan juga membentuk pemikiran dan perilaku manusia. Daripada kajian ini, didapati masyarakat Melayu Malaysia dan Indonesia meneroka metafora haiwan dengan makna yang sama kerana mereka mempunyai konsep pemikiran yang mirip berdasarkan latar belakang budaya yang berkaitan.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
