Analisis Transitiviti Proses Material Ceroboh dalam Laporan Berita Konflik Lahad Datu 2013
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb23(1)no4Abstrak
Kajian ini merupakan analisis linguistik mengenai konflik yang berlaku di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013, seperti yang dilaporkan dalam akhbar. Dengan menggunakan arkib berita dalam talian, kajian kuantitatif dan kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur bahasa yang menggambarkan konflik dan melihat kecenderungan membuat tafsiran yang berbeza berdasarkan laporan akhbar yang dipilih, dan melakarkan kecenderungan itu. Teks laporan berita berbahasa Melayu daripada empat buah akhbar, iaitu
dua buah akhbar nasional (Utusan Malaysia dan Berita Harian) dan dua buah akhbar tempatan Sabah (Utusan Borneo dan New Sabah Times-bahagian berita bahasa Melayu) dianalisis dan dikenal pasti kata leksikal utamanya. Kata leksikal utama yang dijana berbantukan kaedah linguistik korpus kemudiannya dianalisis menggunakan analisis transitiviti Teori Sistemik-Fungsional oleh Halliday (1981, 1985). Kajian ini mendapati bahawa penggunaan butir leksikal menghasilkan tafsiran yang berbeza antara akhbar, yang berpunca daripada penggunaannya dalam konteks klausa dan ayat. Perbezaan tafsiran oleh akhbar yang berbeza juga dapat dilihat daripada struktur tematik klausa. Kesimpulannya, penerapan Teori Sistemik-Fungsional dan analisis transitiviti yang telah dipilih, sesuai digunakan untuk memperlihatkan perbezaan tafsiran antara akhbar yang dikaji.
Kata kunci: Konflik, klausa, transitiviti, proses, tafsiran, ceroboh
Teks penuh: PDF
Rujukan
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
