Objek dalam Ayat Transitif Bahasa Melayu: Analisis Program Minimalis

Pengarang

  • Norsofiah Abu Bakar Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
  • Hasmidar Hassan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb23(1)no7

Abstrak

Fungsi gramatis objek sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu walaupun penjelasan telah diberikan dalam buku tatabahasa pegangan, Tatabahasa Dewan. Bertitik tolak daripada isu kekeliruan objek, kajian ini bermatlamat untuk memberikan huraian secara teoretis tentang fungsi gramatis objek dalam ayat bahasa Melayu dengan meneliti perilaku sintaksis empat kata kerja, iaitu kata kerja "mencari", "mencarikan", "menderma" dan "mendermakan". Penjelasan teoretis adalah berlandaskan Program Minimalis. Dari aspek metodologi, kajian ini menggunakan data korpus DBP dan korpus dibuat individu dengan yakin (DIY) daripada akhbar Berita Harian Online. Di samping itu, soal selidik juga dilakukan untuk memperoleh penilaian kebolehterimaan ayat berdasarkan intuisi penutur natif bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan bahawa penutur natif bahasa Melayu menerima bahawa ayat "mencari" dan "menderma" mempunyai dua argumen yang berfungsi sebagai subjek dan objek langsung. Bagi kata kerja "mencarikan", didapati bahawa penutur natif bahasa Melayu cenderung terhadap binaan dua objek yang diwakili oleh frasa nama. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bagi kata kerja "mendermakan", subjek kajian cenderung memilih binaan datif, iaitu FN+ kata kerja + FN + FP. Kajian ini berpendirian bahawa objek tak langsung dalam bahasa Melayu perlu diberikan pilihan, sama ada ada frasa nama atau frasa preposisi yang terdiri daripada kontruksi FN + FN atau FN + FP. Binaan datif ini selari dengan intuisi penutur natif dan justifikasi secara teoretis.

Kata kunci: Kata kerja transitif, datif, objek tak langsung, Program Minimalis, bahasa Melayu, frasa preposisi

Teks penuhPDF

Rujukan

Diterbitkan

2023-04-18