Unsur Eufemisme dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb23(1)no1Abstrak
Eufemisme merupakan suatu ungkapan atau kata yang lebih lembut, sopan, dan manis didengar sebagai usaha untuk menggantikan ungkapan atau kata yang lebih kasar. Pengamatan orang Melayu terhadap keadaan sekeliling membolehkan mereka mencipta perlambangan berdasarkan objek yang wujud dengan tujuan berkias dan menyampaikan nasihat. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis pengkonsepsian unsur eufemisme melalui objek manusia, haiwan, dan tumbuhan, serta merungkaikan makna tersirat di sebalik ungkapan peribahasa. Sejumlah 15 data peribahasa berjaya dikumpulkan daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain dan laman sesawang Pusat Rujukan Sehenti Penyelidikan Alam Melayu oleh Institut Alam Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pendekatan semantik inkuisitif dan subkonsep rangka rujuk silang (RRS), serta imej binaan diterapkan ke dalam kajian bagi menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian memperlihatkan bahawa peribahasa berunsurkan eufemisme yang digunakan sejak dahulu sangat berkait
rapat dengan kelakuan dan budaya masyarakat Melayu. Kiasan yang digunakan semasa berkomunikasi ini jelas mencerminkan ketajaman fikiran dan kekayaan bahasa orang Melayu. Analisis semantik yang
diolah dengan tatakaedah yang tepat mampu menghuraikan makna yang tersirat yang menjadi sebahagian daripada akal budi Melayu.
Kata kunci: Peribahasa Melayu, eufemisme, akal budi Melayu, semantik inkuisitif, rangka rujuk silang, kiasan
Teks penuh: PDF
Rujukan
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
