Operasi Metafora Nilai Kerajinan dalam Peribahasa Melayu dan Peribahasa Tamil: Analisis Teori Hibrid

Pengarang

  • Parameswary Shanmugam Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak
  • Anida Sarudin Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb23(1)no2

Abstrak

Peribahasa berperanan untuk menyampaikan sesuatu mesej secara implisit bagi menegur atau memuji kelakuan seseorang tanpa menyinggung perasaannya berdasarkan konteks situasi dan budaya. Nilai moral pula berupaya untuk membentuk pemikiran yang luhur dan sahsiah yang baik. Makalah ini mengetengahkan operasi metafora bagi peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil bersandarkan nilai kerajinan menerusi rantau konsepsi Teori Hibrid yang digagaskan oleh Tendahl (2009). Rantau konsepsi ini terdiri daripada konsep leksikal, konsep ad hoc dan slot kosong yang merangkumi domain, skema imej, metafora konsepsi dan metonimi konsepsi. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang melibatkan kaedah analisis kandungan. Tumpuan secara terperinci diberikan kepada satu data peribahasa Melayu dan satu data peribahasa Tamil yang digunakan pada peringkat sekolah rendah sahaja. Analisis kajian mendapati
bahawa pengkonsepsian nilai kerajinan bagi peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil memfokuskan usaha dan kegigihan. Amalan kehidupan masyarakat Melayu dan India memperlihatkan persamaan
dan perbezaan dari segi nilai budaya dan falsafah peribahasa secara jelas. Pengaplikasian Teori Hibrid memaparkan satu trend baharu dalam merungkaikan akal budi masyarakat tradisional secara
komprehensif dan menjelaskan pragmatik leksikal.

Kata kunci: Nilai kerajinan, rantau konsepsi, Teori Hibrid, peribahasa Melayu, peribahasa Tamil, akal budi

Teks penuhPDF

Rujukan

Diterbitkan

2023-04-18