Kemahiran Membaca Murid Disleksia dalam Literasi Bahasa Melayu
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb22(2)no7Abstrak
Masalah literasi merupakan aspek yang paling signifikan dalam proses pembelajaran murid disleksia. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kemahiran membaca dalam literasi bahasa Melayu dalam kalangan murid disleksia. Sampel kajian terdiri daripada 10 murid disleksia yang dipilih daripada Persatuan Disleksia Malaysia. Kaedah kajian gabungan (mixed-method) dijalankan untuk mengenal pasti masalah bacaan mengikut adaptasi konstruk LINUS 2.0 Literasi Bahasa Melayu yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kalangan kanak-kanak disleksia. Masalah membaca mengikut konstruk LINUS 2.0 Literasi Bahasa Melayu diukur berdasarkan konstruk dalam Diagnostik Literasi Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Disleksia. Diagnostik ini digunakan untuk menilai 12 kemahiran membaca dalam pencapaian membaca konstruk literasi murid disleksia. Setiap kemahiran membaca mempunyai lima item untuk dibaca. Diagnostik ini mempunyai 12 kemahiran yang dinilai berdasarkan tahap perkembangan minda murid disleksia dalam aspek pembacaan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa murid disleksia mempunyai tahap literasi yang lemah dalam aspek pembacaan bahasa Melayu. Daripada kajian ini, pengkaji telah menghasilkan satu pendekatan konstruk literasi baharu yang sesuai untuk murid disleksia. Berdasarkan kemampuan aspek pembacaan subjek kajian dalam penyelidikan ini, pengkaji merumuskan bahawa pengetahuan grafem-fonem dan segmentasi suku kata tidak memuaskan. Dapatan kajian ini memberikan impak kepada Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia supaya perancangan kurikulum murid disleksia dapat diteliti. Hasil kajian ini juga berimpak kepada guru disleksia supaya mereka dapat merancang pengajaran dan pembelajaran agar sesuai dengan tahap perkembangan minda murid disleksia di Malaysia.
Kata kunci: Kemahiran membaca, literasi, bahasa Melayu, diagnostik, disleksia, pencapaian membaca
Teks penuh: PDF
Rujukan
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
