Analisis Berita COVID-19 Menggunakan Konsep Ad Hoc

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb22(1)no2

Abstrak

Dalam berita terdapat penggunaan leksikal dan frasa yang taksa dan berbentuk metafora namun masih mampu diproses dengan mudah oleh kognisi pembaca. Kajian ini mengaplikasikan konsep ad hoc penyempitan dan konsep ad hoc peluasan yang terdapat dalam Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Barsalou (1987). Dengan menggunakan data yang diperoleh daripada portal Malaysiakini, pengkaji menganalisis makna sebenar yang dihajati oleh penulis Malaysiakini dalam leksikal menghidupkan dan melindungi, serta frasa mata pencarian. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan konsep ad hoc penyempitan berjaya menemukan sebanyak enam inferens bagi leksikal menghidupkan dan 13 inferens bagi leksikal melindungi yang dapat dikategorikan kepada empat bentuk. Penggunaan konsep ad hoc peluasan pula berjaya menghasilkan sehingga tiga andaian implikatur bagi frasa mata pencarian. Maka, terbukti bahawa setiap leksikal dan frasa mempunyai makna sebenar yang dihajati oleh penulis. Ketaksaan makna akan dapat dikesan melalui analisis konsep ad hoc penyempitan dan konsep ad hoc peluasan ini.

Kata kunci:  Konsep ad hoc, ketaksaan makna, metafora, Teori Relevans, makna sebenar, andaian implikatur

Teks penuhPDF

Rujukan

Diterbitkan

2022-06-02