Kesantunan Berbahasa di Laman Sosial dalam Kalangan Pelajar Menengah Atas: Analisis Prinsip Kesopanan
DOI:
https://doi.org/10.37052/jb22(1)no6Abstrak
Kesantunan berbahasa dapat diterjemahkan melalui pemilihan suatu perkataan yang baik dan cara menuturkan perkataan berkenaan dalam situasi tertentu berdasarkan tujuan, misalnya untuk menyapa, meminta, mengarah, atau mempengaruhi. Dengan mengaplikasikan Prinsip Kesopanan Leech (1993), kajian ini menganalisis kesantunan bahasa di laman media sosial dalam kalangan pelajar sekolah menengah atas. Instrumen kajian terdiri daripada laman media sosial seperti Whatsapp dan Facebook. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah borang soal selidik dan pemerhatian bagi memperoleh data kajian. Semasa menjalankan kajian lapangan, kaedah temu bual dan edaran borang soal selidik secara dalam talian turut dilakukan bagi mendapatkan data primer. Kajian ini melibatkan 60 pelajar lelaki dan perempuan menengah atas kesemuanya daripada SMK Senawang dan SMK Seri Pagi, Seremban, Negeri Sembilan sebagai responden. Hasil kajian mendapati, dalam perbualan di laman sosial, pelajar menengah atas paling kerap menggunakan maksim santun iaitu sebanyak 33.13 %, maksim persetujuan sebanyak 24.23% dan maksim kerendahan hati sebanyak 42.64 %. Penggunaan strategi kesantunan berbahasa dalam sesuatu perbualan secara semuka atau maya, berdasarkan enam maksim (maksim simpati, maksim sokongan, maksim santun, maksim budiman, maksim kerendahan hati dan maksim persetujuan) yang dikemukakan Prinsip Kesopanan Leech (1993). Prinsip ini didapati membantu pengesanan strategi kesantunan berbahasa oleh penutur yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah atas.
Kata kunci: Kesantunan, Prinsip Kesopanan Leech, menengah atas, laman sosial, komunikasi, maksim
Teks penuh: PDF
Rujukan
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
