Padanan Istilah Kesihatan Awam Berkaitan Isu COVID-19

Pengarang

  • Nor Diyana Saupi Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Amirah Ahmad Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Nurrissammimayantie Ismail Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jb22(1)no5

Abstrak

Penularan virus COVID-19 pada awal tahun 2020 telah memberi impak yang besar kepada penduduk dunia. Saban hari pihak media akan melaporkan berita terkini tentang COVID-19 sama ada di dalam mahupun luar negara. Oleh itu, maklumat yang tepat dan betul harus disampaikan kepada orang awam bagi mewujudkan kefahaman dan kesedaran kepada mereka tentang bahaya ancaman penyakit pandemik ini. Isu COVID-19 merupakan sesuatu yang baharu dalam bidang kesihatan awam di Malaysia. Secara tidak langsung menunjukkan perlunya padanan istilah yang tepat dan sejadi daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi memastikan maklumat yang disampaikan benar-benar dapat diterima oleh masyarakat. Usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membentuk padanan istilah yang tepat merupakan suatu langkah proaktif. Kajian ini dilakukan untuk menghuraikan kaedah penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing atau gabungan kaedah tersebut untuk membentuk istilah dalam bidang kesihatan awam khususnya berkaitan dengan isu COVID-19. Kajian kualitatif ini dilakukan dengan memanfaatkan data yang dicerap daripada laman media sosial Twitter @DBPMalaysia yang bertujuan menguar-uarkan istilah yang tepat bagi isu COVID-19. Data diambil daripada hantaran di media sosial rasmi DBP tersebut sepanjang 18 Mac 2020 hingga 18 Mac 2021. Sebanyak 54 istilah kesihatan awam berkaitan dengan isu COVID-19 telah dikenal pasti dan dianalisis kaedah pembentukan istilah yang digunakan. Perbincangan padanan istilah tersebut berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu (2004) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penterjemahan merupakan kaedah paling banyak digunakan dalam data yang dikaji, diikuti dengan gabungan penterjemahan dan penyerapan. 

Kata kunci: COVID-19, Kesihatan Awam, istilah, penterjemahan, gabungan penterjemahan, penyerapan

Teks penuhPDF

Rujukan

Diterbitkan

2022-06-02