Pembentukan Struktur Suku Kata Dialek Melayu Kuala Pilah

(The Formation of Syllable Structures in the Kuala Pilah Dialect)

Pengarang

Kata kunci:

Malay dialect, Kuala Pilah, syllable structure, phonology, Optimality theory.

Abstrak

Makalah ini menghuraikan dan menjelaskan struktur suku kata yang terdapat dalam dialek Melayu Kuala Pilah. Data kajian ini diperoleh daripada kerja lapangan yang dilakukan di Kampung Ulu Gentam, Kuala Pilah. Analisis lampau berkaitan dengan suku kata dasar bahasa Melayu menunjukkan bahasa ini terdiri daripada empat jenis suku kata, iaitu KV, KVK, V dan VK. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dalam tatatingkat kekangan yang membentuk suku kata dialek Melayu Kuala Pilah berbanding bahasa Melayu standard. Di samping itu, hasil kajian juga menunjukkan suku kata yang bermula dengan vokal dan suku kata yang bermula dengan konsonan menggunakan strategi yang berbeza dalam pembentukan suku kata. Asas pembentukan suku kata dibentuk oleh kekangan yang dinamakan ONSET dan *KODA, dan semua pola suku kata mampu mematuhi kekangan tersebut. Susunan set hierarki kekangan dialek Melayu Kuala Pilah yang terhasil ialah *KODAKOMPLEKS >> KONTIGUITI >> JAJAR-KIRI >> DEP-IO>> ONSET >> MAX-IO. Persamaan pola suku kata yang terdapat dalam dialek ini dengan bahasa Melayu standard dianalisis sebagai hasil daripada perbezaan tatatingkat kekangan kepurnaan bentuk yang terdapat dalam sesuatu nahu dialek.

Kata kunci: dialek Melayu, Kuala Pilah, struktur suku kata, fonologi, teori optimaliti

Biografi Pengarang

  • Sharifah Raihan Syed Jaafar, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-25