Prosodi dalam Syair Melayu: Fungsi dan Praktis
Abstrak
Penyelidikan ini membincangkan fungsi prosodi dalam syair Melayu. Dalam kasus syair Melayu, prosodi ternyata digunakan secara optimum dalam menyampaikan mesej yang tersurat dengan makna emosi. Penyataan ini berlaku kerana struktur dan bentuk syair itu sendiri yang tidak terikat dengan bentuk nahu yang sempurna, iaitu memiliki poetic licence. Bagi membuktikan penyataan ini, satu penyelidikan telah dijalankan dengan menggunakan lima metodologi, iaitu meliputi kerja lapangan, temu ramah, rakaman audio, eksperimental dan analisis data. Kerja lapangan dan pengumpulan data dilakukan di lokasi Semenanjung Malaysia yang dibahagikan kepada empat zon, iaitu Utara, Selatan, Timur dan Barat, juga di Sabah dan Sarawak, di Indonesia, Pekan Baru dan Medan serta Brunei Darussalam di Bandar Seri Begawan. Di setiap lokasi, informan yang terpilih, nyanyian syairnya akan dirakamkan untuk memperoleh variasi melodi syair. Data audio ini kemudiannya dianalisis melalui program PRAAT. Dapatan analisis memperlihatkan berlaku dua kasus, iaitu segmentasi unit maklumat dan penggunaan fitur prosodi secara optimum dalam penyampaian syair Melayu.
Kata kunci: prosodi, segmentasi, stilisasi, unit maklumat, pola
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
