Analisis Akustik Ruang Vokal Kanak-Kanak Melayu

Pengarang

  • Badrulzaman Abdul Hamid Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ruby Izyan Atika Abu Bakar Jabatan Otorinolaringologi (ORL), Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah

Abstrak

Kajian ini bertujuan menyelidik ruang vokal akustik kanak-kanak berbangsa Melayu yang berusia dalam lingkungan satu tahun hingga empat tahun. Seramai lapan orang kanak-kanak telah dipilih sebagai subjek kajian. Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan umur dan diwakili dua orang kanak-kanak bagi setiap kumpulan. Dua orang subjek dewasa turut mengambil bahagian dalam kajian ini. Semua subjek menetap di kawasan Kuala Lumpur. Sampel pertuturan dalam perbualan subjek direkodkan dengan menggunakan perakam audio digital dan dianalisis dengan menggunakan perisian PRAAT. Nilai forman 1 (F1) dan forman 2 (F2) yang diperoleh daripada analisis akustik diplotkan di atas graf. Enam vokal Melayu, iaitu vokal /a,i,u,e,o,/ dikenal pasti dan dihuraikan. Perkembangan serta perubahan bentuk ruang vokal bagi setiap kumpulan umur diterangkan. Perbincangan dilakukan dengan mengaitkan hasil kajian dengan penjelasan perkembangan fisiologi saluran suara dan artikulator, serta umur subjek. Perbandingan juga dibuat antara ruang vokal kanak-kanak dengan dewasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan dari segi bentuk ruang vokal serta kedudukan jenis vokal dalam ruang vokal apabila umur kanak-kanak meningkat. Kajian juga mendapati bahawa kanak-kanak semakin menunjukkan bentuk ruang vokal seperti kumpulan dewasa apabila umur mereka bertambah. Walau bagaimanapun, saiz ketinggian dan kelebaran ruang vokal kanak-kanak dilihat tidak linear dengan perkembangan umur mereka.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2011-06-01