Penggunaan di mana dan yang mana sebagai Kata Hubung: Analisis Linguistik Korpus

Pengarang

  • Lam Kai Chee Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Malaysia Sarawak

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana penulisan bahasa Melayudipengaruhi bahasa Inggeris dengan pemfokusan terhadap kata dimana dan yang mana yang digunakan sebagai kata hubung. Korpusbagi kajian yang bersifat deskriptif ini terdiri daripada paparan beritadalam talian sebuah akhbar bahasa Melayu tempatan dari 1 Julai 2010hingga 10 Julai 2010. Saiz korpus sekitar 350 ribu patah perkataandan diproses menggunakan program konkordans AntConc versi3.2.1w (Windows). Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kata dimana dan yang mana sebagai kata hubung ditemui bertaburan dalam akhbar terutamanya dalam ruangan "artikel". Penggunaan kata dimana sebagai kata hubung digunakan dengan lebih kerap lagi dalamruangan utama. Pengguna bahasa Melayu secara umumnya cenderung menggunakan di mana dan yang mana sebagai kata hubung danpenggunaan ini semakin diterima umum. Turut diperhatikan kata dimana dan yang mana sebagai kata hubung selalunya diikuti klausa bebas dan boleh didahului dengan tanda koma. Selain itu, kata dimana banyak digunakan sebagai kata hubung relatif yang merujuk aktiviti atau kejadian, konsep abstrak, tempat, masa, dan keadaan.

Kata kunci: di mana, yang mana, kata hubung, linguistik korpus,program konkordans, AntConc

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2011-12-02