Kesantunan Berbahasa Orang Melayu Menerusi Gaya Pengurusan Air Muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting-Toomey

Pengarang

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti peristiwa yang membabitkan ketidaksantunan seseorang itu dari segi perlakuan dan pertuturan yang boleh menjejaskan air muka seseorang dalam pelbagai konteks, dan menganalisis gaya pengurusan air muka orang Melayu berdasarkan peristiwa malu yang terdapat dalam novel Saga karya Abdul Talib Mohd. Hassan (2004). Sebanyak 21 peristiwa malu telah dianalisis dengan menerapkan Teori Pengurusan Air Muka oleh Stella TingToomey (1988). Teori ini mengemukakan empat jenis gaya pengurusan air muka, iaitu baik pulih air muka, jaga air muka, tuntutan air muka dan beri muka. Dapatan kajian menunjukkan kategori tuntutan air muka paling tinggi kekerapannya, iaitu sebanyak 16 peristiwa berbanding dengan kategori yang lain. Kajian juga mendapati bahawa orang Melayu boleh berlembut dalam banyak perkara tetapi tidak dalam hal-hal yang melibatkan harga diri, status dan maruah.

Kata kunci: kesantunan berbahasa, air muka orang Melayu, pengurusan air muka, Saga, teori Ting-Toomey

Biografi Pengarang

  • Nor Azlina Mohd Kiram, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

  • Raja Masittah Raja Ariffin, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2012-12-02