Strategi Penterjemahan Nilai dan Kepercayaan dalam Novel Sungai Mengalir Lesu
Abstrak
Makalah ini membincangkan penterjemahan mentifak unsur kepercayaan dan nilai daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Penelitian berfokus pada strategi terjemahan unsur kepercayaan dan nilai. Faktor yang mempengaruhi pemilihan strategi penterjemahan kepercayaan dan nilai ini turut dibincangkan. Data yang dianalisis dipetik daripada novel Sungai Mengalir Lesu, karya A. Samad Said (1967) yang telah diterjemahkan oleh Aveling (1981). Kajian ini memanfaatkan pendekatan dokumentari dan instrumental oleh Nord (1997) untuk meneliti strategi penterjemahan unsur kepercayaan dan nilai. Konsep makna situasi oleh Larson (1984), definisi nilai dan kepercayaan oleh Katan (2004) serta definisi mentifak oleh Huxley (1957) turut dimanfaatkan untuk mengenal pasti unsur nilai dan kepercayaan, serta mesejnya dalam teks sumber. Didapati bahawa unsur nilai dan kepercayaan dalam bahasa sumber yang berkongsi medan semantik budaya yang serupa dengan nilai dan kepercayaan dalam bahasa sasaran lebih cenderung disampaikan kembali dalam teks terjemahan melalui pendekatan dokumentari, manakala unsur nilai dan kepercayaan dalam bahasa sumber yang tidak wujud dalam bahasa sasaran lebih kerap diterjemahkan dengan menggunakan pendekatan instrumental.
Kata kunci: budaya, mentifak, terjemahan dokumentari, terjemahan instrumental
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
