Bahasa Melayu dan Jati Diri dalam Konteks Satu Malaysia: Satu Kupasan Linguistik

Pengarang

Abstrak

Setiap negara yang berdaulat mempunyai jati diri yang boleh dibanggakan. Pengukur identiti yang mudah adalah melalui bahasa dan budaya. Malaysia yang asalnya dikenali dengan Tanah Melayu telah menetapkan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Hal ini sepatutnya tidak boleh diganggu gugat lagi. Namun demikian, senario hari ini didapati kedudukan BM terus dipersoalkan sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan. Perkembangan sistem pendidikan pasca-Razak telah melemahkan kedudukan BM. Polisi baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi serta bahasa Inggeris (BI) telah menyebabkan ada segelintir rakyat mula hilang keyakinan pada BM. Perkembangan ini pula sejajar dengan orde baru dunia serta imperialisme bahasa yang menekankan kepentingan bahasa Inggeris dan pada masa yang sama menenggelamkan bahasa kebangsaan. Kajian Nor Hashimah et al. (2009) menunjukkan bahawa fenomena penguasaan bahasa yang semakin merosot dalam kalangan remaja turut melemahkan kedaulatan BM. Kertas ini cuba mengupas taraf BM dalam konteks Satu Malaysia pada hari ini dari perspektif linguistik.

Kata kunci: peristilahan, imperialisme linguistik, neoimperialisme, kuasa hegemoni, identiti nasional

Biografi Pengarang

  • Nor Hashimah Jalaluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2010-06-01